My interview experience for medical course USM

Hey ya , Assalamualaikum

As you know , aku dapat interview kat USM. For those yang kenal aku mesty dia orang tahu la interview aku cam mane ? Here I want to tell you about interview at USM . My interview held on 10 June 2017. Below is my interview offer ⇩



Okay ceritanya begini... Seperti  yang tertera interview tu start kul 7.30 pagi.  Mase aku smpai kat lobi USM mmg on time je 7.30 pagi.  Pastu cari kaunter pendaftaran dan tadaaaa ramai betul orang nasib la dia pecah pada dua bahagian kalau Fuhh lama la beratur dahla tengah puasa. Dah daftar tu tunggu jap kat tapak menunggu untuk dipanggil. Yang datang awal jadi kumpulan pertama yang pegi interview.  Well aku dalam kumpulan yang kedua sbb datang lambat hehe..
Tengok tu ramai Kann... Nasib tak lama
Okay turn kumpulan aku kena panggil.  Kami dibawa ke satu bilik untuk briefing pasal MMI iaitu Mini Mutiple Interview dan kami diberi name tag secara rawak untuk perbahagian litar dan no Stesen untuk mula.  Lepas habis MMI,  ada satu stesen lanjutan yang mana duduk dalam satu kumpulan dan buat pengucapan awam πŸ˜† Actually terkejut jugak ada stesen lanjutan sebab Ingatkan yg MMI tu je.  Okay sekarang nak terang pasal MMI tu.  Bawah ni ada gambaran cam mne MMI tu nnti.
Tu gambaran MMI 

Dalam MMI ni akan ada 10 stesen.  5 stesen yang ada 5 interview ,  2 stesen menulis dan  3 stesen rehat.  Setiap stesen adalah 7 minit. Aku start dgn stesen 6 dan lepas settle ikut turutan no iaitu 7, 8 and so on. So Goodluck la. Jangan cuak sebab time ni orang akan berlari ke stesen seterusnya.. Hehe

Mase interview nanti ada 5 soalan. Pastikan prepare betul nak jawab sbb kalau nak tipu nampak sangat.  Interviewer tu pandang tepat pada mata πŸ‘€ kita nak tengok betul tak kita jawab atau kita just main main. Haha mmg takkan terlepas la tapi jangan risau anggap je awak tengah borak dgn kawan awak. πŸ€—πŸ€—

Soalan yang aku dapat : 

πŸ˜ͺ What is medical career pathway?  If you already aim for being something like surgeon make sure prepare all things abt surgeon on how to being a surgeon. ( must be in English )  
πŸ˜ͺ Apakah keunikan, keistimewaan, bakat,  kelebihan dan kekurangan anda ( mesti dalam Malay)  
πŸ˜ͺ Situation (Empathy)
πŸ˜ͺ Situation (Communication)
πŸ˜ͺ Situation (Critical Thinking)

*for situation you must chose either Malay or English.  

Masa interview cuba sebaik mungkin jadi diri sendiri.  Tak perlu pun nak jadi fake semata mata nak ada ciri doktor dalam diri.  Trust me when you try to be the real you, this interview will gonna be fun and interesting. 

Okay lepas settle MMI,  ada stesen lanjutan untuk kerja kumpulan.  Aku dibawa ke tingkat bawah dan masuk ke bilik yang ada nama aku. Dalam tu ada kerusi meja yang bersepah, mahjong paper,  white board dan laptop.  Okay ada 20 minit prepare la pengucapan awam. 

Maka tamat la interview di USM. 


Comments